assalamualaikum wahai malam..... kepada siang, terima kasih kerana meneman aku untuk seketika. Nanti kita jumpa lagi ya....
assalamualaikum juga kepada yang membaca...
selamat membaca juga blog
yang
tidak seberapa ini. Maaf ayat "skema" kerana aku anggap cukuplah ayat ringkas aku dalam message handphone sahaja. Di sini, biarkan aku berkarya.
Sebelum ini aku memang menulis. Tetapi tulisan aku hanya mengagungkan perkara yang tidak pasti, Seseorang yang aku kejar. Dia sudah menghampiri, berjanji, tetapi semua itu dia sendiri yang memungkiri. Terima kasih. :)
Tetapi kini aku kembali menulis. Cuma perbezaan yang ketara, penulisan aku kini lebih ikhlas. Datang daripada fikiran yang waras. TIdak lagi diwayangkan perasaan dan jauh sekali dibonekakan janji yang tidak pasti.
Ini nukilan aku yang pertama. Sekadar ucapan salam untuk semua pembaca (walaupun tak ada siapa pun yang baca lg :) ) dan sekadar mukadimah bicaraku yang dilahirkan daripada kesungguhan untuk melakukan perubahan dan berkongsi hasil karya yang sentiasa indah tidak kira siapa, di mana ataupun bila karya itu dihasilkan. Karya sememangnya indah bahkan sentiasa indah
-Luqman Afendy-
Permulaan baik Man .
ReplyDeleteKeep writing . >_<
Like . Like .