Assalamualaikum
w.b,t
Tahu apakah
itu spectrum? Aiman? Iman? Muiz? Aqmin? Qassim? Hakimi? Haih, penat pula aku
nak menyeru kesemua panglima-panglima perang yang hebat dan masyhur dalam
membangunkan GMI sebagai pusat pembangunan sebuah ketamadunan.
Seperti
biasa, aku bukanlah seorang jurutera yang dianugerahkan IR di pangkal nama
sehingga mampu mengeluarkan teori-teori yang gah dan membuat anda ternganga
sama ada kagum atau tidak memahami apa-apa yang ditutur bicarakan. Aku
merupakan seorang pelajar Diploma jurusan mekatronik yang agak keteraluan dalam
berimiginasi sehinggakan aku mampu
bercakap berseorangan dan tersenyum simpul seperti siput sedut masak lemak cili
api.
Mendalami
ilmu mekatronik telah membentuk otak aku kepada bentuk yang agak kurang
sempurna. Lebih tepat, kurang siuman. Apa tidaknya, aku di didik untuk mengenal
pasti masalah, mengaitkan satu proses dengan proses yang lain, menganalisa
masalah dalam sesuatu proses dan ia menyebabkan tingkah laku aku seharian
dipengaruhi dengan ilmu yang sedang aku dalami. Jadi, hidup aku bergelumang
dengan masalah. Berlagak hero untuk menyelesaikan masalah sehinggakan aku
sendiri bermasalah. Jadi wahai adik-adik, pengajarannya jangan ambil mekatronik
kalau tak nak jadi kurang siuman. :D
Namun, aku bersyukur.
Mungkin ini adalah “program” Allah yang dah di “compile” dalam Qada dan Qadar
aku untuk aku gunakan dan manfaatkan semampu yang boleh.
Satu soalan
cepumas untuk korang. Pernah melihat pelangi? Pernah minum jus tembikai?
Pernah
pakai perfume? Yang alim sikit kalau tak pakai perfume, pernah pakai minyak
atar? Jika salah satu tidak pernah korang lakukan, kemungkinan korang lebih
tidak siuman daripada aku. (Ok, aku dah ready untuk blog ni di block. Hehe)
Pelangi, jus
tembikai, dan perfume mempunyai sejarah silam yang sama. Sejarah silam? Adakah
yang dinyatakan adalah nama glamour untuk panglima-panglima perang yang aku
seru sebentar tadi? Tidak!! Kerana nama glamour mereka lebih glamour!!
Sememangnya
yang aku maksudkan sebenar-benarnya sebentuk PELANGI, segelas JUS TEMBIKAI, dan
sebotol PERFUME yang kita jumpa dan guna dalam kehidupan seharian. Mereka
mempunyai satu sejarah silam sebelum mereka menjadi seperti mana kejadian
mereka sekarang. Kisah mereka mempunyai elemen kesedihan yang amat dahsyat.
Berlinang air mata aku bila interview mereka. Berikut merupakan sejarah silam
mereka.
PELANGI
“Aku dahulunya hanya cahaya putih yang
indah. Bersinar, disukai dan dikagumi. Aku sentiasa berlegar legar riang tanpa
sebarang halangan, berjumpa dengan teman-teman cahaya yang lain. Ada yang
berkurung dalam gelas kaca, digantung di halaman rumah, diletakkan di
kereta-kereta mewah dan macam-macam lagi. Namun suatu hari, aku telah diculik!!! Diculik oleh titis-titis
air. Mereka ramai!! Mereka menghimpit aku!! Membuli aku!! Aku teriak kesakitan.
Namun teriakan aku sering dibalas “sabar cahaya, ini untuk kebaikan kau..” aku tak
percaya!! Mereka tipu aku!!! Namun titis-titis air tersebut terus menghimpit
aku. Terus dan terus tanpa menghiraukan teriakan aku. Namun tiba-tiba, tubuhku
membesar kepada tujuh jalur. Aku dahulunya putih kini berwarna-warni!! Merah,
oren, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu!! Wah!! Apakah ini?? Aku sungguh
tak percaya!!” cerita
pelangi sambil menitiskan air mata.
JUS TEMBIKAI
“Nama aku Tembikai. Korang boleh
panggil aku Bikai. Aku tak nak cakap banyak-banyak. Aku trauma. Dua minggu
lepas aku tengok member-member aku kena sembelih. Betul!! Aku tak tipu! Yang
pertama kena culik masa kitaorang tengah borak-borak raya tahun ni nak pakai
baju apa. Ada sorang mamat kerek ni dia culik member aku, dia bawak member aku
pergi dapur, zapppp!! Member aku kena sembelih, potong dua, memancut isi dia.
Aku nak tolong tak mampu. Lepas tu, dikoreknya isi member aku, dia letak dalam
mesin pengisar, dia kisar member aku tu sampai lumat!! Ya Allah!! Kejamnya. Tak
cukup dengan tu, dia letak dalam tong besar dan jual dekat manusia-manusia
lain. Tapi yang aku heran, ramai pulak manusia suka isi member aku tu. Tak
sampai sejam dah licin satu tong Kenapa? Apa rasa isi member aku tu?” Tiba-tiba si Bikai diam dan terus
berlari lari anak kerana melihat aku sudah mengambil gelas untuk di isi.
PERFUME
“Apa dosa aku?!! Aku dah aman duduk
dekat ladang tu, korang noda aku!! Aku sekadar sekuntum Tulip yang tak berdosa.
Korang ambil aku, lenyek aku, rebus aku sampai aku sebati jadi air!!! Kenapa
ragut keamanan aku?? Kenapa tak biarkan aku bersuka ria bersama lebah dan
tulip-tulip yang lain?? Huuu” ratapan
si tulip tidak dapat saya ceritakan selanjutnya kerana beliau telah di botolkan
dan bakal dibawa ke Aeon untuk dipasarkan dengan jenama Fair and Lovely.
Dah puas baca
aku mengarut? Haha itu lah sebenarnya ekspresi imiginasi aku bila aku terfikir
tentang sesuatu perkara. Perkara ini terlintas apabila aku membaca kembali
nota-nota usrah sebelum ini. Nota aku kelihatan biasa dengan catitan bilangan
surah, point-point penting dan lukisan-lukisan hodoh bagi menghilangkan
mengantuk. Namun, secara tidak sengaja aku terbaca satu perkataan seakan-akan
“kebab”. Kebab? Ya kebab yang dijual di pasar malam setiap minggu. Selepas
diteliti, ianya bukannya kebab tetapi Khabab. Ya Rabbi, dugaan bulan puasa.
Makanan di mana-mana.
Jadi apakah
signifikan Khabab dalam pengarutan aku sebentar tadi? Ya Anas! Anda hebat!
Khabab adalah antara contoh seorang sahabat yang menerima dugaan yang maha
hebat. Dia dipanggang sehingga meleleh cair lemaknya ke atas bara api yang
memanggangya. Bayangkan,kita dijemur akibat tidak menyiapkan kerja sekolah pun
sudah merasakan seperti azab maha dahsyat, inikan lagi dipanggang. Selepas
diseksa, Khabab bertemu Rasulullah SAW dan bertanya “Ya Rasulullah, bilakah
pertolongan daripada Allah hendak sampai?” Rasulullah bersabda “Sesungguhnya
ENGKAU ADALAH ORANG YANG GOPOH” Gopoh? Hai, tak akan lah dah dipanggang masih
dalam kategori orang yang gopoh?
Tidak.
Sebenarnya Rasulullah nak memberi didikan yang solid kepada para sahabat.
Rasulullah SAW hendak melatih para sahabat supaya tidak menyalahkan Allah jika
kita ditimpa sesuatu musibah. Kerana ujian Allah itu adalah TARBIYAH PURE DARIPADA
ALLAH. ASLI!! Tidak ada sebarang pengantaraan. Jadi bukan sebarangan manusia yang mendapat ujian daripada Allah.
Manusia yang terpilih sahaja menerima “Guru Peribadi” yang Maha Agung.
“Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah
beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Ayat al-Quran
ini begitu jelas menerangkan. Menerangkan bahawa sebenarnya ujian itu adalah
NIKMAT! Nikmat iman yang dikurniakan kepada orang yang terpilih dan orang yang
terpilih itu tidaklah dibelai manja dengan angin sepoi-sepoi bahasa tetapi
tubuh dan roh mereka sering diuji daripada pelbagai sudut. Mungkin ada yang
akan mempertikaikan, jika begitu maka sehingga pihak Zionis Israel datang
menyembelih kita barulah dikira kita beriman? Bukan begitu. Ujian itu pelbagai
jenis dan pelbagai bentuk. Malah kadangkala kesenanga kita dan kelapangan kita
pun adalah ujian daripada Allah SWT.
Jadi, untuk
menjadi berwarna warni seperti pelangi, perlulah bersiap sedia dihimpit titisan
air tanpa henti. Jika takut MAKA TERUSLAH MENJADI CAHAYA PUTIH YANG HAMBAR
TANPA WARNA WARNI. CUKUPLAH SEKADAR MENERANGI SEBUAH BILIK MALAH LEBIH TERUK
SEBUAH TANDAS.
Untuk menjadi
lazat seperti jus tembikai, maka siap sedialah untuk dipotong dua, dikisar dan
dirobek isi daging sehingga lumat dan tidak lagi kelihatan seperti sebiji
tembikai. Jika takut dan tak mahu, maka teruskanlah MENJALAR DI ATAS TANAH
SEHINGGA TUA, BERBAU DAN TAK SEJUICY
TEMBIKAI MERAH YANG TELAH LUMAT DIKISAR.
Untuk menjadi
wangi seperti perfume, maka tingatkanlah kesanggupan untuk ditenyeh, direbus,
dipulas, dan ditebang. Jika itu bukan pilihan kita maka teruskanlah sehingga
menjadi SEKUNTUM TULIP YANG LAYU, TAK BERSERI DAN MATI TANAMAN TULIP DAN TIDAK
DIPEDULIKAN OLEH SESIAPA PUN.
Sesungguhnya,
ujian Allah itu atas kapasiti kemampuan kita. Percayalah, jika ia melebihi
kapasiti, pertolongan daripada Allah itu pasti.
Wallahualam