Sunday, 21 September 2014

Sepasang Kaki



Assalamualaikum w.b.t…
Berjalan aku di atas tanah sementara ini sudah lama. 20 tahun bagi aku cukup lama. Sehingga aku sudah lupa bilakah kali pertama aku mampu melangkah

Tuesday, 19 August 2014

Bilik Rumah 07


BILIK RUMAH 07

Assalamualaikum w.b.t...

Kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku pada 25 Februari 2008

Thursday, 24 July 2014

Keluarga Bahagia: Pelangi, Jus Tembikai, Perfume

Assalamualaikum w.b,t
Tahu apakah itu spectrum? Aiman? Iman? Muiz? Aqmin? Qassim? Hakimi? Haih, penat pula aku nak menyeru kesemua panglima-panglima perang yang hebat dan masyhur dalam membangunkan GMI sebagai pusat pembangunan sebuah ketamadunan.

Seperti biasa, aku bukanlah seorang jurutera yang dianugerahkan IR di pangkal nama sehingga mampu mengeluarkan teori-teori yang gah dan membuat anda ternganga sama ada kagum atau tidak memahami apa-apa yang ditutur bicarakan. Aku merupakan seorang pelajar Diploma jurusan mekatronik yang agak keteraluan dalam berimiginasi sehinggakan  aku mampu bercakap berseorangan dan tersenyum simpul seperti siput sedut masak lemak cili api.

Mendalami ilmu mekatronik telah membentuk otak aku kepada bentuk yang agak kurang sempurna. Lebih tepat, kurang siuman. Apa tidaknya, aku di didik untuk mengenal pasti masalah, mengaitkan satu proses dengan proses yang lain, menganalisa masalah dalam sesuatu proses dan ia menyebabkan tingkah laku aku seharian dipengaruhi dengan ilmu yang sedang aku dalami. Jadi, hidup aku bergelumang dengan masalah. Berlagak hero untuk menyelesaikan masalah sehinggakan aku sendiri bermasalah. Jadi wahai adik-adik, pengajarannya jangan ambil mekatronik kalau tak nak jadi kurang siuman. :D

Namun, aku bersyukur. Mungkin ini adalah “program” Allah yang dah di “compile” dalam Qada dan Qadar aku untuk aku gunakan dan manfaatkan semampu yang boleh.
Satu soalan cepumas untuk korang. Pernah melihat pelangi? Pernah minum jus tembikai? 

Pernah pakai perfume? Yang alim sikit kalau tak pakai perfume, pernah pakai minyak atar? Jika salah satu tidak pernah korang lakukan, kemungkinan korang lebih tidak siuman daripada aku. (Ok, aku dah ready untuk blog ni di block. Hehe)

Pelangi, jus tembikai, dan perfume mempunyai sejarah silam yang sama. Sejarah silam? Adakah yang dinyatakan adalah nama glamour untuk panglima-panglima perang yang aku seru sebentar tadi? Tidak!! Kerana nama glamour mereka lebih glamour!!

Sememangnya yang aku maksudkan sebenar-benarnya sebentuk PELANGI, segelas JUS TEMBIKAI, dan sebotol PERFUME yang kita jumpa dan guna dalam kehidupan seharian. Mereka mempunyai satu sejarah silam sebelum mereka menjadi seperti mana kejadian mereka sekarang. Kisah mereka mempunyai elemen kesedihan yang amat dahsyat. Berlinang air mata aku bila interview mereka. Berikut merupakan sejarah silam mereka.

PELANGI

“Aku dahulunya hanya cahaya putih yang indah. Bersinar, disukai dan dikagumi. Aku sentiasa berlegar legar riang tanpa sebarang halangan, berjumpa dengan teman-teman cahaya yang lain. Ada yang berkurung dalam gelas kaca, digantung di halaman rumah, diletakkan di kereta-kereta mewah dan macam-macam lagi. Namun suatu hari, aku  telah diculik!!! Diculik oleh titis-titis air. Mereka ramai!! Mereka menghimpit aku!! Membuli aku!! Aku teriak kesakitan. Namun teriakan aku sering dibalas “sabar cahaya, ini untuk kebaikan kau..” aku tak percaya!! Mereka tipu aku!!! Namun titis-titis air tersebut terus menghimpit aku. Terus dan terus tanpa menghiraukan teriakan aku. Namun tiba-tiba, tubuhku membesar kepada tujuh jalur. Aku dahulunya putih kini berwarna-warni!! Merah, oren, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu!! Wah!! Apakah ini?? Aku sungguh tak percaya!!” cerita pelangi sambil menitiskan air mata.

JUS TEMBIKAI

“Nama aku Tembikai. Korang boleh panggil aku Bikai. Aku tak nak cakap banyak-banyak. Aku trauma. Dua minggu lepas aku tengok member-member aku kena sembelih. Betul!! Aku tak tipu! Yang pertama kena culik masa kitaorang tengah borak-borak raya tahun ni nak pakai baju apa. Ada sorang mamat kerek ni dia culik member aku, dia bawak member aku pergi dapur, zapppp!! Member aku kena sembelih, potong dua, memancut isi dia. Aku nak tolong tak mampu. Lepas tu, dikoreknya isi member aku, dia letak dalam mesin pengisar, dia kisar member aku tu sampai lumat!! Ya Allah!! Kejamnya. Tak cukup dengan tu, dia letak dalam tong besar dan jual dekat manusia-manusia lain. Tapi yang aku heran, ramai pulak manusia suka isi member aku tu. Tak sampai sejam dah licin satu tong Kenapa? Apa rasa isi member aku tu?” Tiba-tiba si Bikai diam dan terus berlari lari anak kerana melihat aku sudah mengambil gelas untuk di isi.

PERFUME

“Apa dosa aku?!! Aku dah aman duduk dekat ladang tu, korang noda aku!! Aku sekadar sekuntum Tulip yang tak berdosa. Korang ambil aku, lenyek aku, rebus aku sampai aku sebati jadi air!!! Kenapa ragut keamanan aku?? Kenapa tak biarkan aku bersuka ria bersama lebah dan tulip-tulip yang lain?? Huuu” ratapan si tulip tidak dapat saya ceritakan selanjutnya kerana beliau telah di botolkan dan bakal dibawa ke Aeon untuk dipasarkan dengan jenama Fair and Lovely.

Dah puas baca aku mengarut? Haha itu lah sebenarnya ekspresi imiginasi aku bila aku terfikir tentang sesuatu perkara. Perkara ini terlintas apabila aku membaca kembali nota-nota usrah sebelum ini. Nota aku kelihatan biasa dengan catitan bilangan surah, point-point penting dan lukisan-lukisan hodoh bagi menghilangkan mengantuk. Namun, secara tidak sengaja aku terbaca satu perkataan seakan-akan “kebab”. Kebab? Ya kebab yang dijual di pasar malam setiap minggu. Selepas diteliti, ianya bukannya kebab tetapi Khabab. Ya Rabbi, dugaan bulan puasa. Makanan di mana-mana.

Jadi apakah signifikan Khabab dalam pengarutan aku sebentar tadi? Ya Anas! Anda hebat! Khabab adalah antara contoh seorang sahabat yang menerima dugaan yang maha hebat. Dia dipanggang sehingga meleleh cair lemaknya ke atas bara api yang memanggangya. Bayangkan,kita dijemur akibat tidak menyiapkan kerja sekolah pun sudah merasakan seperti azab maha dahsyat, inikan lagi dipanggang. Selepas diseksa, Khabab bertemu Rasulullah SAW dan bertanya “Ya Rasulullah, bilakah pertolongan daripada Allah hendak sampai?” Rasulullah bersabda “Sesungguhnya ENGKAU ADALAH ORANG YANG GOPOH” Gopoh? Hai, tak akan lah dah dipanggang masih dalam kategori orang yang gopoh?

Tidak. Sebenarnya Rasulullah nak memberi didikan yang solid kepada para sahabat. Rasulullah SAW hendak melatih para sahabat supaya tidak menyalahkan Allah jika kita ditimpa sesuatu musibah. Kerana ujian Allah itu adalah TARBIYAH PURE DARIPADA ALLAH. ASLI!! Tidak ada sebarang pengantaraan. Jadi bukan sebarangan  manusia yang mendapat ujian daripada Allah. Manusia yang terpilih sahaja menerima “Guru Peribadi” yang Maha Agung.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Ayat al-Quran ini begitu jelas menerangkan. Menerangkan bahawa sebenarnya ujian itu adalah NIKMAT! Nikmat iman yang dikurniakan kepada orang yang terpilih dan orang yang terpilih itu tidaklah dibelai manja dengan angin sepoi-sepoi bahasa tetapi tubuh dan roh mereka sering diuji daripada pelbagai sudut. Mungkin ada yang akan mempertikaikan, jika begitu maka sehingga pihak Zionis Israel datang menyembelih kita barulah dikira kita beriman? Bukan begitu. Ujian itu pelbagai jenis dan pelbagai bentuk. Malah kadangkala kesenanga kita dan kelapangan kita pun adalah ujian daripada Allah SWT.

Jadi, untuk menjadi berwarna warni seperti pelangi, perlulah bersiap sedia dihimpit titisan air tanpa henti. Jika takut MAKA TERUSLAH MENJADI CAHAYA PUTIH YANG HAMBAR TANPA WARNA WARNI. CUKUPLAH SEKADAR MENERANGI SEBUAH BILIK MALAH LEBIH TERUK SEBUAH TANDAS.

Untuk menjadi lazat seperti jus tembikai, maka siap sedialah untuk dipotong dua, dikisar dan dirobek isi daging sehingga lumat dan tidak lagi kelihatan seperti sebiji tembikai. Jika takut dan tak mahu, maka teruskanlah MENJALAR DI ATAS TANAH SEHINGGA TUA, BERBAU DAN TAK SEJUICY  TEMBIKAI MERAH YANG TELAH LUMAT DIKISAR.

Untuk menjadi wangi seperti perfume, maka tingatkanlah kesanggupan untuk ditenyeh, direbus, dipulas, dan ditebang. Jika itu bukan pilihan kita maka teruskanlah sehingga menjadi SEKUNTUM TULIP YANG LAYU, TAK BERSERI DAN MATI TANAMAN TULIP DAN TIDAK DIPEDULIKAN OLEH SESIAPA PUN.

Sesungguhnya, ujian Allah itu atas kapasiti kemampuan kita. Percayalah, jika ia melebihi kapasiti, pertolongan daripada Allah itu pasti.

Wallahualam

Tuesday, 8 July 2014

"Kafir" Tersebut Lebih Mulia


Assalamulaikum...

Ya, malu nya aku. Membanjiri kehidupan seharian aku dengan sejuta macam alasan. Memasakkan hati aku dengan bermacam perbuatan yang menhalang aku daripada terus

Friday, 25 April 2014

AC - DC Rectifier


Assalamualaikum,

Aku merupakan seorang pelajar jurusan Mechatronics yang sering melakukan lawak hambar, meroyan sentiasa, berangan angan untuk diet tetapi tetap kacak JIKA dilihat daripada jarak yang jauh.

Ya, aku adalah

Sunday, 9 March 2014

Ermm Part Time, Full Time??

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah. Terungkapnya sebuah syahadah oleh seseorang dengan penyaksian yang berpaksikan kejujuran dan kesungguhan menjadikan dia seorang yang bertanggung jawab memikul amanah sebagai seorang muslim. Apabila kita bersaksi, kita sudah menyerahkan segala yang ada pada diri kita kepada apa-apa persaksian yang telah kita sematkan.

Maka, sebagai individu muslim persaksian kita adalah mengakui bahawa Allah itu sebagai tuhan dan Muhammad itu pesuruhNya. Namun, sedarkah kita, kita dengan bongkak telah merobek persaksian kita dan menelanjangkan persaksian kita sehinggakan secara tidak sedar, persaksian kita Allah sebagai tuhan dan Muhammad itu pesuruhNya teralih kepada suatu yang berbeza. Nauzubillah

Naqib aku pernah menimbulkan persoalan. Jika kita bersaksi bahawa Allah itu sebagai tuhan, adakah kita telah menjadikan Allah sebagai sandaran utama sebagaimana kita akui Allah itu tuhan yang agung? Situasinya mudah, pada waktu bilakah kita mula mencari Allah dan pada situasi apakah Allah itu menjadi tempat titisan air mata pengaduan untuk kita?

Sedarkah kita, selama ini kita terleka dengan menjadikan Allah itu sebagai "part time motivator" yang hanya kita cari saat kita sesak dan cahaya penyelesaian gagal kita cari? Sedarkah kita, selama ini kita hanya bergantung harap pada sesuatu seperti wang tunai dan harta benda yang dianggap sebagai perlangsungan hidup? Walhal, penghambaan kita bukan lah pada sehelai not kertas tetapi penghambaan kita adalah kepada Allah semata mata.

Surah al-Ikhlas ayat 2 menerangkan secara jelas dan terang tempat yang seharusnya dijadikan tempat kebergantungan. Selama ini, kita hanya bergantung kepada Allah saat hati kita dilapah kesedihan, saat hidup kita diratah kesusahan dan saat jiwa kita dihiris kekosongan. Sekali lagi, Allah bukan lah "part time motivator" tetapi Allah adalah Full Time Dependency oleh kita. Maka sesungguhnya, jika kita bergantung harap kepada sesuatu yang lain, sedarkah kita penyaksian kita sebenarnya sudah terpesong daripada penyaksian yang sebenar? Maka, kebergantungan kita kepada Allah merangkumi semua aspek. Tidak terkecuali ketika lapangnya kita, tidak terkecuali ketika sihatnya kita, tidak terkecuali kayanya kita. Namun, kita sering menyalah tafsir. Kebergantungan kepada Allah dianggap terlepasnya kita daripada berusaha. Kita menganggap bahawa doa itu seperti ungkapan sakti yang mampu menukar hujan kepada ketulan emas. Allah hanya memberikan setimpal dengan usaha dan tahap pengharapan kita kepada Allah. Maka, segala usaha yang sudah dilakukan haruslah disandarkan kepada Allah secara total.

Ya, aku akui. Untuk membentuk segumpal darah yang bernama hati untuk bergantung harap sepenuhnya kepada Allah amatlah mencabar. Hatta aku sendiri terkapai kelemasan apabila mencuba menenagkan diri tatkala melihat angka di akaun aku semakin susut. Namun kita harus mencuba dan mentarbiah diri kita sendiri secara istiqamah dan insyaAllah, sesuatu yang baik Allah akan bantu dan usaha yang berterusan amat lah perlu bagi melangsungkan sebuah penyaksian yang agung. Wallahualam

Antara Dua Dimensi

Antara Dua Dimensi

Aku selama ini hidup tidaklah terumbang ambing malah tidak pula aku terpaksa mengemis di jalanan bagi memperoleh secebis rezeki tuhan. Kehidupan aku kukuh malah lebih daripada mencukupi daripada keperluan aku sendiri. Namun rasa kehilangan terhadap sesuatu masih dirasai. Aku mempunyai segala galanya. Makan mencukupi. Duit tidaklah sesak malah sangat cukup menyara diri sendiri. Namun rasa kehilangan terhadap sesuatu masih dirasai. Aku memerlukan sesuatu. Aku memerlukan sesuatu. Apa lagi yang aku perlu? Tidakkah aku dikira tidak bersyukur jika mempunyai pemikiran sedemikian. Tidakkah aku tidak berterima kasih kepada Allah jika aku meminta minta? Ya Allah, aku meminta kerana memang aku kekurangan. Kekurangan yang aku sendiri baru sedari. Kekurangan yang bakal menyebabkan aku menyesal terhadap diri aku sendiri. Aku memerlukan rahmat mu. Aku memerlukan aku yang dahulu. Aku memerlukan jiwa aku yang dahulu. Penuh dan mampat. Bukan yang kosong dan berkarat.

Pengertian Seungkap Syahadah

Pengertian Seungkap Syahadah

Seungkap syahadah yang selama ini aku ucapkan adalah sekadar ucapan semata mata. Aku hanya mengungkap kan dengan kata kata tanpa mengerti apa apa yang aku ungkapkan. Walhal, syahadah itu PERSAKSIAN agung yang sering kali kita abaikan. Ungkapan semata mata tak cukup menguatkan tahap persaksian seorang hamba terhadap kepercayaannya bahawa Allah itu tuhannya dan Muhammad itu Rasul tuhannya. Persaksian meletakkan diri kita dalam kondisi seratus peratus kepercayaan dan membuktikan kepercayaan dengan perbuatan yang ditetapkan. Bukan sekadar mengungkap tanpa tanggungjawab dan pengetahuan.

Friday, 7 March 2014

Lumpur Yang Berlumuran

Sesuatu yang menyeronokkan tidak semestinya memberikan pulangan yang baik kepada kita. Hati yang terkinja kinja

Friday, 7 February 2014

Pusat

Suatu masa dahulu, disebuah perkampungan konkrit yang mengumpulkan beberapa ahli keluarga di bawah satu bumbung, terdapat

Thursday, 6 February 2014

Sebatang Tiang

Assalamualaikum wbt

"Kenapa umat Islam hipokrit?" yaya bertanya.

Dalam bidang kejuruteraan, semestinya kita

Tuesday, 4 February 2014

Selama Ini Aku Hanya Mayat Yang Bernyawa

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama aku meninggalkan ruang ini berhabuk dan ketinggalan. Adakah minat aku pudar? Adakah bakat aku samar? Entah, biarlah tanda soal itu berdiri sendiri tanpa erti. Selama ini,