Sunday, 9 March 2014

Ermm Part Time, Full Time??

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah. Terungkapnya sebuah syahadah oleh seseorang dengan penyaksian yang berpaksikan kejujuran dan kesungguhan menjadikan dia seorang yang bertanggung jawab memikul amanah sebagai seorang muslim. Apabila kita bersaksi, kita sudah menyerahkan segala yang ada pada diri kita kepada apa-apa persaksian yang telah kita sematkan.

Maka, sebagai individu muslim persaksian kita adalah mengakui bahawa Allah itu sebagai tuhan dan Muhammad itu pesuruhNya. Namun, sedarkah kita, kita dengan bongkak telah merobek persaksian kita dan menelanjangkan persaksian kita sehinggakan secara tidak sedar, persaksian kita Allah sebagai tuhan dan Muhammad itu pesuruhNya teralih kepada suatu yang berbeza. Nauzubillah

Naqib aku pernah menimbulkan persoalan. Jika kita bersaksi bahawa Allah itu sebagai tuhan, adakah kita telah menjadikan Allah sebagai sandaran utama sebagaimana kita akui Allah itu tuhan yang agung? Situasinya mudah, pada waktu bilakah kita mula mencari Allah dan pada situasi apakah Allah itu menjadi tempat titisan air mata pengaduan untuk kita?

Sedarkah kita, selama ini kita terleka dengan menjadikan Allah itu sebagai "part time motivator" yang hanya kita cari saat kita sesak dan cahaya penyelesaian gagal kita cari? Sedarkah kita, selama ini kita hanya bergantung harap pada sesuatu seperti wang tunai dan harta benda yang dianggap sebagai perlangsungan hidup? Walhal, penghambaan kita bukan lah pada sehelai not kertas tetapi penghambaan kita adalah kepada Allah semata mata.

Surah al-Ikhlas ayat 2 menerangkan secara jelas dan terang tempat yang seharusnya dijadikan tempat kebergantungan. Selama ini, kita hanya bergantung kepada Allah saat hati kita dilapah kesedihan, saat hidup kita diratah kesusahan dan saat jiwa kita dihiris kekosongan. Sekali lagi, Allah bukan lah "part time motivator" tetapi Allah adalah Full Time Dependency oleh kita. Maka sesungguhnya, jika kita bergantung harap kepada sesuatu yang lain, sedarkah kita penyaksian kita sebenarnya sudah terpesong daripada penyaksian yang sebenar? Maka, kebergantungan kita kepada Allah merangkumi semua aspek. Tidak terkecuali ketika lapangnya kita, tidak terkecuali ketika sihatnya kita, tidak terkecuali kayanya kita. Namun, kita sering menyalah tafsir. Kebergantungan kepada Allah dianggap terlepasnya kita daripada berusaha. Kita menganggap bahawa doa itu seperti ungkapan sakti yang mampu menukar hujan kepada ketulan emas. Allah hanya memberikan setimpal dengan usaha dan tahap pengharapan kita kepada Allah. Maka, segala usaha yang sudah dilakukan haruslah disandarkan kepada Allah secara total.

Ya, aku akui. Untuk membentuk segumpal darah yang bernama hati untuk bergantung harap sepenuhnya kepada Allah amatlah mencabar. Hatta aku sendiri terkapai kelemasan apabila mencuba menenagkan diri tatkala melihat angka di akaun aku semakin susut. Namun kita harus mencuba dan mentarbiah diri kita sendiri secara istiqamah dan insyaAllah, sesuatu yang baik Allah akan bantu dan usaha yang berterusan amat lah perlu bagi melangsungkan sebuah penyaksian yang agung. Wallahualam

Antara Dua Dimensi

Antara Dua Dimensi

Aku selama ini hidup tidaklah terumbang ambing malah tidak pula aku terpaksa mengemis di jalanan bagi memperoleh secebis rezeki tuhan. Kehidupan aku kukuh malah lebih daripada mencukupi daripada keperluan aku sendiri. Namun rasa kehilangan terhadap sesuatu masih dirasai. Aku mempunyai segala galanya. Makan mencukupi. Duit tidaklah sesak malah sangat cukup menyara diri sendiri. Namun rasa kehilangan terhadap sesuatu masih dirasai. Aku memerlukan sesuatu. Aku memerlukan sesuatu. Apa lagi yang aku perlu? Tidakkah aku dikira tidak bersyukur jika mempunyai pemikiran sedemikian. Tidakkah aku tidak berterima kasih kepada Allah jika aku meminta minta? Ya Allah, aku meminta kerana memang aku kekurangan. Kekurangan yang aku sendiri baru sedari. Kekurangan yang bakal menyebabkan aku menyesal terhadap diri aku sendiri. Aku memerlukan rahmat mu. Aku memerlukan aku yang dahulu. Aku memerlukan jiwa aku yang dahulu. Penuh dan mampat. Bukan yang kosong dan berkarat.

Pengertian Seungkap Syahadah

Pengertian Seungkap Syahadah

Seungkap syahadah yang selama ini aku ucapkan adalah sekadar ucapan semata mata. Aku hanya mengungkap kan dengan kata kata tanpa mengerti apa apa yang aku ungkapkan. Walhal, syahadah itu PERSAKSIAN agung yang sering kali kita abaikan. Ungkapan semata mata tak cukup menguatkan tahap persaksian seorang hamba terhadap kepercayaannya bahawa Allah itu tuhannya dan Muhammad itu Rasul tuhannya. Persaksian meletakkan diri kita dalam kondisi seratus peratus kepercayaan dan membuktikan kepercayaan dengan perbuatan yang ditetapkan. Bukan sekadar mengungkap tanpa tanggungjawab dan pengetahuan.

Friday, 7 March 2014

Lumpur Yang Berlumuran

Sesuatu yang menyeronokkan tidak semestinya memberikan pulangan yang baik kepada kita. Hati yang terkinja kinja