Friday, 21 December 2012

assalamualaikum :)
hari ini merupakan hari pertama aku mnejejakkan kaki di
Pulau Mutiara, tempat tinggalku.
Setelah hampir sebulan aku tidak pulang, maka segala rindu aku telah pun dirembeskan. Walaupun begitu, aku sedar, dalam perlahan aku merembes dan menyerap kegembiraan, pasti ada bendasing yang menyebabkan luka lama aku berdarah kembali.

Aku hanya mampu
tersenyum pahit, membina empangan air mata yang kukuh, mencipta ubat untuk meredakan kesakitan dan merangkai kata untuk menutup aib dan kelemahan aku sendiri. Tetapi semua itu tidak memadai untuk aku meneruskan kehidupan. Aku perlukan sesuatu yang lebih. Semakin lama aku hidup, semakin ramai insan yang 'terlepas' daripada diari seharian ku. Paling perit, helaian halaman diari yang tercatat bait-bait indah telah direntap, koyak dan dilempar ke wajah ku sendiri.

Salahkah aku? Hina kah aku? Sehingga sebagai seorang sahabat, engkau sanggup membiarkan aku terentap sendiri. Menangis bagai air mata yang aku perolehi hanya diberikan kepada engkau. Aku tak harap mempunyai sejuta sahabat. Seorang sudah memadai. Ya, aku akui. Hadi, Shahrul, Adibah, Afiqah, Farah, Bella, Ariff, merupakan sahabat yang setia dengan aku. Sanggup memekakkan telinga semata demi aku. Merelakan diri dihina akibat berkawan denganku. Dan lebih syahdu, mereka sanggup mempertahankan aku walaupun aku sudah tidak bernyawa dibunuh oleh aku sendiri.

Serakan awan putih sering menjadi tatapan visual aku seharian. Aku gemar awan putih. Tenang. Pelbagai ukiran arca dihasilkan awan tersebut. Arca-arca tersebut lah sumber inspirasiku. Menjadikan aku lebih berjaya. Menjadikan aku lebih bermakna dan dihargai oleh aku sendiri. Tidak perlu khidmat insan lain untuk memuji dan menghargai aku. Cukuplah sekadar aku. Cukuplah sekadar air mata yang aku jatuhkan memuaskan hati dan perasaan dan yang lebih penting,

CUKUP LAH HANYA AKU YANG MENILAI SIAPA AKU DAN DI MANA PUNCA KEBAHAGIAAN AKU

-Luqman Afendy-

No comments:

Post a Comment