Friday, 25 April 2014

AC - DC Rectifier


Assalamualaikum,

Aku merupakan seorang pelajar jurusan Mechatronics yang sering melakukan lawak hambar, meroyan sentiasa, berangan angan untuk diet tetapi tetap kacak JIKA dilihat daripada jarak yang jauh.

Ya, aku adalah
manusia yang melakar tulisan tandus ini sebagai peringatan kepada aku dan aku mahukan peringatan ini juga tiba kepada sahabat sahabat yang aku sayangi. Aku merupakan seorang yang sangat sukar apabila hendak menghampiri seseorang yang baru malah aku bakal diam seribu bahasa jika hendak memulakan bual bicara kepada seseorang yang baru aku kenali. Namun, dalam kepala ini terdapat 1001 perkara yang ingin aku luahkan kepada mereka tetapi bagaimana???? Ya anda betul Iman (sory Iman, tetiba teringat kau. hahaha) Ya, mengikut jawapan Iman, dengan cara menulislah aku mampu memerah jus fikiran aku kepada sahabat sahabat aku semua.

Pemilihan nama Iman sebagai mukadimah penulisan sebenarnya mempunyai signifikan yang tersendiri. Hal ini kerana selama ini kita bernafas dimuka bumi ini hanya berpandukan Iman yang dibekalkan dan menjadi navigation device tercanggih tahap super saiya yang ke infiniti. Saat aku menulis ini sebenarnya hati aku sedang berbolak balik, ingin marah semua orang (minta maaf kepada Acap, Shahrul, dan Bab "Zul dan Alep terkecuali sebab mereka sentiasa di dalam gua jadi tak sempat marah") kerana mereka sudah terkena percikan api yang dicetus syaitan nirrojim. Maka terbongkarlah bahawa saat ini Iman aku tersangat lemah.
Alhamdulillah, secara tiba-tiba, otak aku processornya sedikit laju daripada biasa teringat sebuah ayat hafazan yang sama sama kami hafal (sory Aqmin, aku tak hafal lagi. Hehe) iaitu Surah At-Taubah ayat ke 18. Dalam ayat itu, Allah menyatakan bahawa hanya orang yang beriman sahaja yang layak mengimarahkan masjid masjid Allah. Jadi, hanya orang yang beriman, dan teguhnya iman beliau sahaja yang ringan kaki melangkah ke masjid untuk solat berjemaah. Aku kaget seketika. Amaran begitu jelas diberikan Allah tetapi aku masih terpaku di rumah sewa Jalan Cerdik Taman Universiti. Lalu dengan kaki yang berat, aku terus menyambar XDS Special Edition Chrome Orange (macam gempak tapi basikal je pun) lalu mengayuh ke surau GMi. Namun hati aku masih berat. Ya aku akui. Iman aku masih lemah

Tetapi aku perlu selamatkan Iman aku daripada merudum terus kepada negative side of cycles. Haa sudah, mende aku dah merapu ni (kata hati macam drama indon)

Negative sides of cycles dalam engineering merujuk kepada sesuatu gelombang yang terletak di bahagian negative paksi-Y. Contoh yang mudah ialah Alternate Current (Arus Ulang Alik). Alternate current ialah arus elektrik yang ada dekat rumah kita. Arus nya beralun merdu bak hembusan bayu dan ombak di pantai sambil melihat matahari terbenam. NAMUN BERJAGA JAGA. Nampak indah tetapi jika dianalogi kan kepada iman, ia menunjukkan alunan iman yang naik dan turunnya.

Jadi tidak menjadi masalah kerana iman balik bukan. Baiklah, ia memang benar. Tetapi menjadi kerisauan kita sebenarnya ialah arus yang berada di bahagian negatif paksi-Y. IA ADALAH BAHAGIAN DI MANA IMAN DINAFIKAN. Nauzubillah. Kita mungkin pernah melalui saat ini namun syukur Alhamdulillah, jika anda masih mampu membaca post ini maka masih belum terlambat.

Negative sides of cycles adalah satu tempoh kita langsung tidak memperdulikan kehilangan kekasih abadi kita iaitu IMAN (Iman, jangan perasan). Maksiat kita lakukan malah gembira untuk dilaksanakan. Malah kita siap mengatur jadual harian untuk dimuatkan aktiviti aktiviti maksiat yang bakal kita lakukan. Nauzubillah. Aku pernah lalui tempoh hitam ini dan aku begitu kecewa dengan diri aku sendiri. Namun, pelajar kejuruteraan lain bakal mempersoal, DIrect Current kan ada??? (DC ialah bateri. arusnya tegak, parallel with the X-axis) Jika ada persoalan begitu, sememangnya benar tetapi tidak layak diberi kepada manusia kerana ianya menunjukkan Iman para malaikat yang tidak ada turun naiknya. Tetapi mengapa manusia tetap menjadi hamba ciptaan yang terbaik??

Manusia yang disayangi Allah ialah manusia yang mampu membolak arus yang negaif itu kepada yang positif. They are able to invert the negative side of cycles to the positive side. Dan untuk merealisasikan perkara ini bukan kerja yang mudah. Kerana itu kepada sesiapa yang berjaya maka dia akan menjadi seorang hamba yang berjaya. Oleh itu bagaimana caranya?

PERINGATAN: Arus selurus Direct Current tetap tak akan dapat dicapai tetapi turun naiknya sangat sedikit jika dilakukan dengan betul.



Baiklah, apa yang saya belajar, untuk menjadikan kesemua arus yang berada di bahagian negatif, kita memerlukan sekurang kurangnya satu (1) diode. Tetapi kita tidak mahu kerana arusnya akan menjadi seperti ini

Kita memerlukan sekurang kurangnya dua (2) diode untuk menjadikan arus yang dicipta menjadi seperti ini:



Tetapi turun naiknya begitu tinggi, malah satu tahap ia menjejakkan diri kepada titik kosong (0) Kita tidak mahu perkara itu terjadi. Maka kita akan tambah dengan satu (1) capacitor untuk menjadikan arusnya tidak lagi terlalu tinggi perbezaannya. NAMUN kita masih boleh membaik pulih keadaan ini

Akhir sekali kita memerlukan satu (1) Zener Diode sebagai pelengkap. Maka lahirlah sebuah arus yang hampir lurus dan yang lebih penting terhindar daripada negative sides of cycles.


Maka apakah signifikan semua ini dalam kehidupan? 2 unit diode itu boleh kita umpamakan seperti Al-Quran dan hadis sebagai kunci utama untuk mengekalkan kita berada pada bahagian positif. Terhindar daripada perkara maksiat, dosa dan lagha yang menjerumuskan kita kepada Neraka Allah yang Maha Pedih. Namun bidang kejuruteraan ada memperkenalkan Full Wave Bridge Rectifier yang menawarkan khidmat lebih efisien dengan menggunakan 4 unit diode. Maka, mahu lebih efisien? Belajar lah Al-Quran dan hadis dan mentadabbur dengan sepenuh hati sebagai pelincir kepada usaha yang telah kita lakukan.

Capacitor boleh kita umpamakan dengan orang orang yang berilmu kerana sifat capacitor, ia akan "charge and discharging". Dia menerima ilmu dan memberi ilmu kepada orang lain. Maka kita memerlukan waktu untuk bersama sama orang berilmu dengan cara menghadiri majlis majlis ilmu, usrah, dauroh dan macam macam lagi.

Dan sebagai pelengkap kehidupan, bersahabatlah dengan Zener Diode. Sifat Zener Diode, ia akan meregulasikan arus (regulates current = regulator) dengan menetapkan had arus yang boleh dilalui. Untuk meletakkan zener diode dalam sebuah circuit, polarity nya harus terbalik atau bertentangan dengan arah arus. Maka, sahabat yang soleh bakal menghadkan jika kita terlanjur melakukan kesilapan semula dengan sifat polariti yang terbalik yang tidak gemar melihat kita melakukan kesilapan

Dengan semua peralatan yang dimiliki, in shaa Allah, kita bakal berada dalam satu zon yang selamat. Sememangnya menjadi fitrah iman yang turun akan naik semula dengan izin Allah. TETAPI yakin kah kita, nyawa kita akan ditarik tatkala kita berada dalam zon positif?? Atau mungkin pengakhiran kita di zon negatif?? Nauzubillah.


2 comments:

  1. MashaAllah... mantap²..
    kene cepat sikit jadi capacitor.. simpan banyak² cas nanti rosak.. hehe

    ReplyDelete