Tuesday, 8 July 2014

"Kafir" Tersebut Lebih Mulia


Assalamulaikum...

Ya, malu nya aku. Membanjiri kehidupan seharian aku dengan sejuta macam alasan. Memasakkan hati aku dengan bermacam perbuatan yang menhalang aku daripada terus
bertempur dalam sebuah medan perjuangan. Telah lama aku meletakkan senjata ini semacam sudah berserah. Sehingga habuk dan karat melekat padat menyebabkan aku kaget dan pegun apabila memangku semula senjata yang dikurniakan sendiri oleh Dia Yang Esa. Ampunkan aku Ya Allah.

Tersedar aku kembali bukanlah kerana ceramah agama aku pergi atau kuliah subuh aku dengari. Semua itu harus dan perlu tetatpi aturan Allah itu lebih indah malah kadangkala tersentak terkoyak hati apabila mentafsir aturan yang telah ditentukan kepada kita.

Dua minggu kebelakangan, aku namakan ia "Minggu Kemanusiaan". terlalu banyak aku berjumpa dengan "kemanusiaan". Terlalu ramai apabila aku bertemu, aku mahu elak bagi menjaga diri aku daripada terjebak dengan kerosakan, tetapi mereka yang menonjolkan erti kemanusiaan.

Bismillahirrahmanirrahim..
Pemilihan aku untuk meneruskan "practical" aku di Penang mengundang pelbagai kontroversi. Sehingga ada sahabat jauh di perantauan sanggup "merasuah" aku dengan duit tiket pergi dan balik ke Penang jika aku bersetuju untuk meneruskan practical aku di Shah Alam. Tetapi apakan daya, kerajaan dah melakukan pelbagai insentif untuk memerangi rasuah dan aku menyokong usaha murni mereka. Hehehe

Namun wahai sahabat, usah kau gusar dan gundah. Aturan Allah itu indah. Percayalah.

Practical di sini membuat aku banyak bergaul dengan yang tidak seagama dengan aku. Yang makanan kegemaran mereka sukar dicapai dek akal seperti biawak menjadi rakan karib aku untuk berbual sepanjang aku cuba memahami mesin-mesin yang berjalan tanpa nafsu dan penat. Pelat berbahasa tidak mematahkan semangat mereka untuk berbual dengan aku. Sampai terkadang terkaku aku kerana mereka sahaja yang melontarkan idea perbualan yang sedang berjalan. Keramahan mereka membuat kehadiran aku sangat dihargai. Walhal, jika ditolak supervisor aku dan seorang pekerja warga indonesia, hanya aku seorang yang beragama Islam.

Tetapi mereka lebih manusia daripada aku.

Kebanyakan daripada mereka meninggalkan keluarga dan mengabdikan diri sebagai sebuah robot hanya untuk mencari sesuap rezeki yang halal menyentuh hati aku. Apabila siren berbunyi, brdoyong mereka untuk keluar menjamah makanan. Apabila berbunyi kembali, berdoyong mereka menyambung semula tugas yang telah ditetapkan.

"Owh, inilah robot rupanya..." bisik hati aku.

Namun aku silap!!

"You tak boleh makan kan? Pukui 7 baru boleh makan kan. Dekat rumah I, ada itu Malayu haa, I balik pukui 4, dia makan itu mee hoon dalam rumah. I cakap kat dia mana bolei makan. Dia cakap dia sakit perut. Haiyyya"

Hahahaha gelak tawa tawar aku berikan sebagai tanda aku memahami. Sangat tawar. Bayangkan, kita sibuk menggelar mereka kafir yang ingkar, tetapi kita lebih teruk daripada mereka.

Risalah Islam kemungkinan tidak lagi disampaikan kepada mereka. Ya mereka tahu Islam tetapi mereka TIDAK DIBERIKAN ISLAM. Kerana sifat malas kita dan kerjaya sebagai arkitek alasan menjadi punca mereka tidak memahami apakah itu Islam

Kita?? Kononnya muslim tetapi hanya Muslim. Menghukum mereka akan menjadi bahan bakar neraka tetapi sedarkah, kafir itu bukan hanya khusus kepada mereka, tetapi kita juga berpotensi tergolong dalam kalangan mereka?? Kemungkinan kafir tersebut lebih mulia daripada kita. Nauzubillah.

Ya, kisah untuk dua minggu aku tidaklah sependek ini. Berjela lagi aku mahu nukilkan. Tetapi wahai sahabat, aku harap nukilan yang sejengkal tidak sejengkal isinya, dan sejengkal ini tidak sejengkal manfaatnya.

Wallahualam.

2 comments: