assalamualaikum!!!
Hey2!!!
Hari ini hari selasa. Hurm. Apa yang menarik? Tak ada apa-apa kut?
Ehem, tapi kepada sesiapa yang membandingkan post
semalam dengan post hari ini, makin banyak ayat pasar telah aku gunakan dalam penulisan kedua ini. hehehehe
Tetapi, tak seronok. Itu bukan jiwa penulisan aku. Aku tidak mahir menggunakan ayat pasar sehingga apa yang aku tulis menjadi menarik. Tahniah kepada beberapa penulis yang berjaya menggunakan ayat pasar sehingga begitu menarik perhatian aku untuk terus membaca hingga noktah yang terakhir.
Permulaan hari yang menarik? Mungkin semua tertanya tanya apakah yang menarik? Sebenarnya, dalam pukul 10.30 pagi tadi, rakan baik aku (dbah) menghubungi aku dan melakukan bebelan berjela-jela panjangnya sehingga mengalahkan ukuran rel keretapi tanah melayu. Sebabnya? Sebabnya hanya ada mulut-mulut "jahat" yang mengkritik pemakaian "tudung indon" yang menjadi kegemaran dia. Hahahaha. Sebab itulah aku mengganggap permulaan hari ini begitu baik disebabkan bebelan dia membuat aku ketawa seorang diri dalam perpustakaan. Kalau lah makcik perpustakaan yang jaga di hadapan pintu masuk menghalau aku, maka tak siap lah assignment german aku jawabnya. Maka, aku terus ketawa sehingga selesai kelas german. Hebatkan??
Itu merupakan kisah permulaan hari, sekarang kisah malam sebelum hari ini.
Semalam merupakan karya aku yang pertama. Aku menganggap karya semalam merupakan karya yang betul-betul membolehkan aku "memutuskan tali-tali boneka" perasaan kerana aku terpaksa juga membaca coretan-coretan hitam yang pernah aku tuliskan. Sejujurnya, aku hampir menangis. Tetapi aku berjaya juga meletakkan titik noktah kepada karya aku sehingga mampu dibaca. Ya, sekarang tiada lagi sejarah. Hanya perkara baru. Aku bukanlah sejarawan. Walaupun itu perlu, tetapi itu bukan aku. Aku jurutera. Yang membina perkara baru. Untuk kebaikan yang lebih baik dan lebih baik. Untuk penulisan semalam, terima kasih aku kalungkan kepada seseorang. Seseorang yang menyokong aku untuk terus menulis.
Terima kasih Afiqah bt Abd Halim...
kalau tersalah eja nama, maaf ya.
:)
-Luqman Afendy-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBetul nama tu. ^_^
ReplyDeleteTeruskanlah menulis .
Fiqa baca . :)