satu minggu yang memenatkan...
penuh dengan
assignment...
penuh dengan kelas..
presentation...
dan segala yang berkaitan dengan proses penggalian ilmu....
sudah berapa lama aku tidak menulis ya??
entah,
malas nak kira...
mungkin nasib aku. Jadual yang padat, betol-betol menyebabkan aku tertekan. Tetapi yang lebih menekan hidup, anasir-anasir luar yang dengan rakus meratah, tetapi sedikit demi sedikit yang menyebabkan sakitnya lebih perit, pahit dan memerlukan air mata untuk menelan. Aku tak tahu. Aku tak tahu apakah yang aku rasa. Adakah kepahitan ini disebabkan salah aku sendiri?
Hidup dalam membabitkan hati dan perasaan sememangnya perit. Seperti melontar batu ke air, jika bernasib baik kita akan terus melompat daripada tenggelam. Tetapi jika tidak, maka lemaslah kita ditelan lautan yang dalam.
Oleh itu aku bertekad, aku tak mahu lagi percaya pada hati. Biar hati aku mati, tertutup untuk melihat keindahan duniawi kerana aku lebih rela tertunduk, dituduh sombong daripada aku tersungkur berdarah kerana pilihan aku sendiri.
Benarlah kata seseorang (cerita dari laut cetek), aku tidak mampu untuk mengajar orang berjalan lurus tetapi aku hanya mampu mengajar orang berjalan mengikut cara aku sendiri.
Akibat kebodohan, aku mengulangi perkara yang sama untuk ke sejuta kali. tidak sanggup kehilangan sahabat aku sendiri. Sahabat yang sabar, tekun menjahit semula hati yang telah rabak. Kerana dia, sahabat, aku masih lagi mampu berlari walaupun langkah aku sudah tempang dan nafas aku sudah lemas.
Wahai aku, bersabarlah untuk seketika. Air hujan yang jernih pun datang daripada awan yang gelap. Simpan hati untuk seketika, di dalam sebuah peti, yang dijaga oleh aku sendiri. Semoga pada masa hadapan, hati itu lebih cekal untuk mengahadapi dugaan yang telah diketemukan.
p/s: tulisan di bawah adalah tulisan yang tak berhasil akibat hati tertutup untuk menulis. Sebab itu, jagalah hati sendiri supaya hati tidak tertutup melakukan apa-apa yang kita minati... :)
Assalamualaikum semua....
Semalam, aku terfikir satu perkara ynag membuatkan jari-jemari aku ingin sekali berkongsi perkara ini dengan semua. Perkara ini mungkin menjengkelkan bagi sesetengah pihak, tetapi itulah realiti kehidupan yang penuh warna-warni. Daripada warna yang kelam sehinggalah warna yang ceria. Kita, sebagai manusia adalah pelukis. Pelukis di atas kanvas yang besar. Iaitu kanvas kehidupan. Oleh itu, masing-masing mempunyai tafsiran sendiri kerana masing-masing mempunyai lukisan sendiri. Janganlah mengkritik lukisan-lukisan pelukis yang lain jika tidak difahami lukisan tersebut kerana mungkin juga mereka tidak memahami lukisan kita sendiri.
Kali ini aku mahu berkongsi sedikit tentang satu ungkapan puitis yang selalu diungkap kita. "sayang"... Kita akan menipu diri sendiri jika mengatakan kita tidak pernah mengungkapkan walaupun sekali ungkapan tersebut. Sebelum aku meneruskan, lirik ini aku bentangkan. Tersirat dengan seribu makna. Tetapi seribu makna tersebut hanya ditujukan untuk seseorang.
Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..
hahaha...sejak bilew ko pandai berblog bagai nieh...hahaha
ReplyDeletediam ah acap... ak dh lme ad blog... kau yg ktggalan... ni blog bru ah...
ReplyDeleteSuka juga baca hasil Fynn Jamal . ^_^
ReplyDelete