Wednesday, 14 November 2012

Bayang-bayang

Perlukah aku bayang-bayang,
Perlukah aku kepada sekujur hitam yang
sentiasa mengikut telunjuk ku,
Aku rasa aku tak perlukan sekujur bayang-bayang ,
Aku perlu masa aku sendiri,
Aku mahu sendirian...
Aku tak mahu sekujur hitam
sentiasa mengikut ku..
Aku rimas...
Bayang-bayang hitam tak berguna,
Aku tak perlukan dia!!!!!!!!!!!
Jeritku dalam hati..
Terkurung sepi...
Kemudian bahuku ditepuk..
Aku terkesima...
Bayang-bayangku...
Dia menepukku..
Dia meminta izinku untuk pergi..
Aku izinkan...
Itu selama yang selama ini aku mahukan...
TETAPI...
Setelah bayangku pergi...
Aku terkesima kembali...
Dunia tiba-tiba kusam...
Gelap...
Gelita...
Aku terkapai-kapai..
Meraba-raba mencari haluan..
Spontan..
Aku rindu kembali bayang-bayangku,
Kerana di situ bayang-bayang,
Di situ lah cahaya...
Aku perlu bayang-bayang....

No comments:

Post a Comment