Kadang kala aku terfikir. Betul juga kata seseorang. Hidup aku memang membosankan. Tiada warna warni yang boleh aku banggakan dan dipapar sebagai salah satu keindahan.
Tetapi 1 Mei 2013.......
Disini aku ingin tayangkan sebuah nukilan hikayat kehidupan membosankan. Ya. 1 Mei merupakan tarikh yang sangat penting. Ini kerana, tarikh ini ditunggu tunggu kanak kanak kerana mereka boleh berlari riang kerana cuti diberi. Ibu bapa boleh ikut serta kerana mereka juga bercuti. Tetapi untuk aku, tarikh tersebut mengingatkan aku kepada hari pertama aku melihat dunia. Mengingatkan aku kepada zarah-zarah udara pertama yang aku hela. Mengingatkan kali pertama aku dan ibu ku bersua muka setelah separuh nyawa menginginkan aku diberi peluang menjadi sebahagian musafir kehidupan.
Tetapi, kenapa ia membosankan?
Sejak aku dari kecil, aku sememangnya kurang menghargai 1 Mei itu sendiri. Aku akui. Setiap tahun pasti aku sambut tetapi tidaklah seperti orang lain. Diberi hadiah, sambut secara besar besaran dan sebagainya. Untuk aku, cukup lah seala kadar yang mungkin. Sepanjang aku mengembara, tidak ramai orang di sekeliling aku mengingati tarikh penting untuk aku. Di sekolah, walaupun tarikh lahir setiap orang dipampang di hadapan kelas, apabila tiba giliran aku, sememang nya hanya ucapan sahaja dijadikan "syarat" sebagai giliran aku ditunaikan. Jika rakan rakan lain, ada sahaja yang meraikannya lebih. Aku tidak meminta. Aku sememangnya suka. Kerana, aku sudah biasa dengan sederhana.
Tetapi semalam, 1 Mei 2013....
Secara tiba tiba hati aku yang mencair. Yang sebelum ini membeku dan sejuk menghalang segala hangatnya kehidupan. Secara tiba tiba, 1 Mei aku diingati. Tidak lah ramai tetapi memadai untuk menitiskan mutiara jernih jatuh mengalir dipipi. Aku sebak. Kerana aku tidak tahu bagaimana mereka boleh mengetahui sedangkan berhempas pulas aku mendiamkan diri. Aku sememangnya mengharapkan sekadar ucapan daripada hati yang terdekat. Tetapi aku mahu hanya sekadar ucapan. Tetapi semalam, aku diberi lebih daripada itu. Tidak lah sebesar lautan, tetapi kadang kala air sebesar tasik yang menyimpan mutiara yang lebih indah. Terima kasih. Aku hargai dan aku nikmati.
-hazim, shahrul, acap, fiqa, dibah-
No comments:
Post a Comment