Sesuatu yang menyeronokkan tidak semestinya memberikan
pulangan yang baik kepada kita. Hati yang terkinja kinja
untuk mencari
keseronokkan merupakan lumrah atau fitrah dalam diri setiap manusia kerana
perkara tersebut seolah olah penyelesaian kepada masalah. Hati yang gelisah dan
fikiran yang kusut merupakan alasan untuk seseorang mencari sebuah alternatif
persendirian bagi menghilangkan rasa yang dilalui oleh mereka. Masalah yang
dihadapi setiap hari seperti masalah ketika belajar, di tempat kerja, rumah
tangga dan sebagainya memberikan satu ketidak senangan dalam diri seorang
manusia sehinggakan jalan alternatif yang dicari mungkin tidak bersesuaian
malah membawa mudarat kepada seseorang. Persoalannya, mengapa sesuatu
alternatif yang lebih mudarat diguna pakai sedangkan kita sedang menghadapi
situasi yang menghakis insani kita sedikit demi sedikit?
Pernakah kita melalui suatu tempoh masa yang di mana hidup
seperti tiada kongkongan masalah dan peraturan? Tidur di pagi hari tiada
apa-apa yang menganggu malah tiada kewajiban yang dipikul oleh kita? Pernahkah
kita merasakan sedemikian? Jika anda katakan tidak, maka anda telah menipu diri
sendiri malah anda mungkin tidak mempunyai memori indah yang dipanggil
“kanak-kanak”.
Jalur masa seorang kanak-kanak sangat memberi kesan jika
kita hari ini termenung mengimbaunya kembali. Antara suka atau duka yang
ditempuh, kita semestinya mengharapkan tempoh waktu itu untuk diputar kembali
agar semua masalah yang dihadapi sekarang dapat dilempar sejauh jauhnya. Walau
bagaimanapun perkara tersebut amatlah mustahil. Teramatlah mustahil. Namun,
masih ingatkah ketika sewaktu ketika dahulu, jika kita sedang bermain,
berkejaran dengan rakan rakan yang sebaya dengan kita, keadaan sekeliling langsung tidak kita
hiraukan. Padang yang berlopak ditakungi air, walaupun diketahui bakal
mengotorkan, kita tetap dengan riang meredah lopak tersebut dengan pelbagai
gaya. Persoalan kembali, mengapa kita tidak menghiraukan kekotoran lopak
tersebut?
Mungkin sesetengah daripada anda mula melopongkan mulut
kerana setiap perenggan yang dicatatkan seolah tiada hubung kait dan
kesnambungannya. Tetapi tidakkah kita sedar, meredah lopak yang berlumpur
adalah satu kerseronokan yang tanpa kita sedar memberi pulangan yang mudarat
kepada kita. Namun, kita tetap meredahnya tanpa memikirkan kesannya terhadap
kita. Dan sedarkah kita mengulangi perbuatan tersebut tetapi dalam konteks yang
berbeza? Itulah analogi yang tepat kepada sebuah keseronokan yang dilarang
dalam Islam. Tiap kali kita melakukan kesalahan yang dilarang Allah, tidakkah
kita merasa seronok? Bahagia? Gembira? Malah seperti kesemua masalah yang
dihadapi selesai. Namun kita perlu ingat, kita sedang meredah lopak yang
berlumpur. Kerseronokan yang kita lalui bakal mengundang satu kegelisahan baru
iaitu bagaimana untuk menghilangkan lumpur yang terpalit pada pakaian kita?
Adakah semudah merendam pakaian tersebut dan membiarkan kesan kesan lumpur itu
hilang dengan sendirinya? Bukankah kita gusar ketika zaman kanak-kanak untuk
pulang kerumah dengan baju yang berlumpur kerana khuatir akan dimarahi? Maka
terbukti kita sendiri membenci kesan lumpur tersebut sekaligus segala masalah
yang dianggap sudah hilang sebenarnya mengundang sebuah masalah yang baru.
Ya, kita masih mempunyai secebis Iman jika menyesali
perbuatan yang telah kita lakukan. Lumpur yang kita redah mungkin menyedarkan
kita yang kita tidak boleh berjalan dikhalayak ramai dengan busuk lumpur yang
terpalit. Maka kita memilih jalan untuk menghilangkan lumpur tersebut. Maka,
pelbagai langkah bakal kita ambil. Dan tidak mustahil kesemua kesan lumpur itu
akan hilang. Namun, kesemua langkah melibatkan usaha yang tidak pernah kenal
erti putus asa. Begit juga dengan diri kita sendiri. Segala kesalahan, dosa dan
perkara yang sia sia yang telah kita lakukan boleh “dicuci” dengan tarbiyah
terhadap diri sendiri tanpa henti. Ya kita mungkin malu kerana ramai yang akan
memandang serong akibat perubahan yang dianggap drastik tetapi jalan manakah
yang lebih baik? Berjalan dikhalayak dengan keadaan basah dan berlumpur atau
kering, wangi dan berseri? Tidakkah lumpur yang dibiarkan lama terpalit pada
tubuh bakal mengundang penyakit yang tidak dikhendaki? Mengapa kita masih
memilih untuk mengambil kira apa yang diperkatakan oleh manusia sedangkan jalan
yang kita ambil adalah jalan yang diredai dan jalan yang kita tinggalkan adalah
jalan yang dimungkari? Alangkah bahagianya kita jika insan-insan yang
bersama-sama meredah lumpur bersama juga dapat mencuci lumpur itu bersama kita?
Tidakkah syurga Allah SWT itu luas? Mahukah kita bertapa keseorangan dalam
kesenangan sambil melihat rakan-rakan diseksa meratap memohon pertolongan dan
kita tidak mampu melakukan apa-apa? Jadi, mencuci lumpur untuk diri itu satu
jalan yang benar dan mengajak mereka yang lain merupakan kunci kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment