Antara Dua Dimensi
Aku selama ini hidup tidaklah terumbang ambing malah tidak pula aku terpaksa mengemis di jalanan bagi memperoleh secebis rezeki tuhan. Kehidupan aku kukuh malah lebih daripada mencukupi daripada keperluan aku sendiri. Namun rasa kehilangan terhadap sesuatu masih dirasai. Aku mempunyai segala galanya. Makan mencukupi. Duit tidaklah sesak malah sangat cukup menyara diri sendiri. Namun rasa kehilangan terhadap sesuatu masih dirasai. Aku memerlukan sesuatu. Aku memerlukan sesuatu. Apa lagi yang aku perlu? Tidakkah aku dikira tidak bersyukur jika mempunyai pemikiran sedemikian. Tidakkah aku tidak berterima kasih kepada Allah jika aku meminta minta? Ya Allah, aku meminta kerana memang aku kekurangan. Kekurangan yang aku sendiri baru sedari. Kekurangan yang bakal menyebabkan aku menyesal terhadap diri aku sendiri. Aku memerlukan rahmat mu. Aku memerlukan aku yang dahulu. Aku memerlukan jiwa aku yang dahulu. Penuh dan mampat. Bukan yang kosong dan berkarat.
No comments:
Post a Comment