Tuesday, 19 August 2014
Bilik Rumah 07
BILIK RUMAH 07
Assalamualaikum w.b.t...
Kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku pada 25 Februari 2008
Angin yang bertiup halus dari atas Sang Jerai turun ke hamparan bumi tandus yang dipenuhi manusiawi yang dahagakan ilmu sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada bisikan kegusaran hati akibat masalah yang menusuk bagaikan tidak mahu berhenti. Tiupan angin tersebut ada kalanya disumpah seranah akibat keberadaannya menyebabkan ampaian berterbangan malah menyelerakkan dedaunan kering sekaligus menambah aktiviti seharian sang Suri rumah.
Namun, dipelusuk sebuah "Kota Ilmu", terdapat sekelompok manusia yang rancak membatu dalam bulatan. Ada yang bercerita tentang keliatan ayam goreng Delima Perdana, keterujaan untuk merembat Sang Bola pada petang hari dan tidak kurang juga yang melangut keseorangan akibat puas diherdik akibat tidak menyiapkan tugasan seharian.
Mereka membincangkan hal masing-masing sehinggakan si Ketua dan Penolong dalam kumpulan tersebut ternganga dan terkesima. Ligat otak mereka berfikir bagaimana untuk membawa 1001 kerenah yang bermacam rupa dan gaya.
Akhirnya, Si Ketua perlahan-lahan menyertai perbualan "Seketul Ayam" dan si Penolong tertunduk insaf dan kesal akibat mempunyai seorang Ketua yang tidak beberapa ketua.
Itulah MEREKA DI ATAS.... (tak lengkap sorang. Malu katanya)
Ketika itu, himpunan kami semua lengkap dan mudah untuk berjumpa. Diletakkan di sebuah bilik yang sama, berkongsi mangkuk tandas yang sama dan kadangkala katil yang sama. Jika ke kelas, muka mereka juga yang ditatap. Jika mahu menyatap sesuap nasi, kegelojohan mereka juga dihidang sama.
Sampai ke satu tahap, ada kalanya kami bermasam muka.
Perkelahian kami kadangkala mengundang titis-titis mutiara terutama jika Sang Lelaki menubuhkan gerakan Militer bagi menyerang kaum bertentangan dengan mereka. Iyalah, manakan tidak, ketika berbuka puasa, dicedoknya nasi lebih kepada mereka. Ayam liat dibolot mereka. Dan yang paling puncak, AIS UNTUK MEREKA SAHAJA.
Sehingga bisu sesama kami selama yang kami mahu.
Membiarkan detik-detik berlalu dengan dendam yang akan dibalas.
Dengan mengatur strategi bagi menjatuhkan pihak lawan
Namun, kami ada keistimewaan..
Kelahi kami tidak sesekali merenggangkan kami, akhir perkelahian kami kadangkala dihidang air sirap sejuk, ais krim, super ring dan Nasi lemak kafe..
Makian dan serangan kami tidak berpanjangan, sehinggakan Para Militer memberi bahagian nasi dan lauk mereka kepada pihak musuh dengan senang lenangnya.
Masam muka kami manis hasilnya. Akhir pemasaman kami disertakan dengan kemenangan Bilik Rumah Terbaik MIGTY yang sememangnya layak kami peroleh dan mahu kami peroleh.
Kenakalan kami tidak pernah dimarahi malah sering dipuji oleh Ibu kami sebagai anak-anak yang baik. (pandang belakang dan gelak terkekeh kekeh)
Dan permusuhan kami tidak mampu menghalang kami berjumpa En Ariffin bagi memohon untuk menonton cerita Duyung yang sampai sekarang aku tak tahu kenapa aku sebagai ketua boleh setuju dengan idea pelik sebegitu.
Kini.....
Kami sudah bertaburan...
Si Amira dah menjadi gadis kenyalang yang terbang bebas mengejar cita...
Si Yana sudah menjadi gadis Arab yang sepatutnya dipegang oleh Aishah...
Tetapi Si Aishah lebih berminat untuk bersama Hadi dengan Faiz dalam meneruskan kehidupan pelajaran..
Kak Wan seperti dijangka, kekreatifan beliau sangat dikagumi dan masih diteruskan dan makin hebat..
Si Murni, mungkin sedang berkejaran dengan sang Kangaroo...
Ain? Ain dengan aku lah. Haha. Perak dan Ain berpisah tiada...
Liyana dah menakluk Shah Alam untuk kesekian kalinya
Aiman si kecik dengar kata bercita-cita ingin membaiki kapal terbang, Sediakan tangga untuk dia. hehehe
Si Fikrie dah jadi penduduk obama katanya
Si Wani, Faaiz, dan Aizat mereka komited untuk menjadi seseorang yang misteri..
Dan aku, hmmmm siapalah aku.. hmmmm heheheheh
Ya, jujur aku rindu kamu semua.. Sejujurnya...
Kita berpisah bagai tiada tanda malah seperti tiada upacara rasmi bagi membolehkan kita berpisah seperti mereka yang lain. Kita pergi tanpa suara malah tiada yang meminta.
Kita pergi membawa diri akibat takdir Allah yang mengatur perjalanan sebigini rupa dengan 1001 hikmah.
Supaya perpisahan dengan tiba-tiba ini menyedarkan kita...
Yang perpisahan itu berlaku..
Namun ukhuwah itu tidak akan putus..
Dengan Ikhlas;
Luqman Afendy Ahmad Kamal
Bekas Presiden RF07
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Terharu mannn :'( baru baca ja.
ReplyDeletekak wan