Assalamualaikum. Ungkapan hikmah ini selalu aku ungkapkan sebagai pembuka bicara dan mukadimah kasih mesra antara aku dan
para penerima ungkapan tersebut. Ungkapan ini sahaja yang mampu menjadi mukadimah yang terbaik untuk aku kerana kelembutannya menjadikan kekerasan hati sendiri luntur dan lebur dan menepis jauh egois hati.
Aku memang sudah lama
meninggalkan penulisan dalam ruang maya ini. Sebelum ini, aku memang sudah berazam untuk menulis sebanyak mungkin sebagai salah satu minat aku untuk berkarya dalam alam aku sendiri. Tetapi, ruang masa masih menjadi "raja" dalam menentukan apa-apa perkara yang mampu aku lakukan. Dan sekarang, aku telah mengingkari arahan "raja" kerana nafsu untuk aku menulis sudah membuak-buak. Keinginan aku untuk berkarya sudah melimpah. Dan kesungguhan aku untuk berkongsi sudah melebihi batas yang dapat dibayangkan dalam alam realiti.
Sudah dua hari aku, afiqah, acap, shahrul dan hazim bertungkus-lumus dalam sebuah pasukan bagi menjayakan hari terbuka (open day) GMi. Keletihannya sangat luar biasa. Kemampuan kami diperah semahu-mahunya bagi memastikan acara yang dipertanggung jawabkan kepada kami berjalan lancar dan seperti yang diinginkan.
Walau bagaimanapun, bukan itu yang aku mahu kongsikan. Yang menjadi keinginan aku untuk dicoretkan di sini ialah, hati budi manusia itu sendiri. Sepanjang pasukan aku bergerak, kami bebas ditomah dan dikritik oleh sesetengah pihak yang sering mempersoalkan segala perkara yang dilakukan oleh kami. Kita sememangnya bebas bersuara tetapi pernahkah kita berfikir, tahap kebebasan itu bakal melukakan hati insan yang dirembeskan kemarahan itu kepadanya?
Bagi kami, itu bukan masalah. Kerana, kebebasan mereka bersuara adalah bagi menuntut keadilan dan penjelasan dan kami memberikan segala yang termampu untuk mereka sebagai menjalankan obligasi yang telah disandarkan kepada kami. Terima kasih kepada Sir Sham Firdaus yang banyak membantu kami.
Itu hanya sebagai contoh dalam satu-satu situasi. Dalam situasi yang lain, agak perit untuk aku melihat seorang manusia diherdik, dicaci, ditomah, diumpat dan dikutuk akibat ketidak mampuan insan tersebut dalam melakukan sesuatu. Kita melihat mereka lemah dan tidak berkebolehan tetapi, pernahkah kita melihat apa yang mereka mampu lakukan? Kenapa perlu melihat kecacatan mereka sedangkan mereka mempunyai kelebihan yang kita sendiri tidak perolehi. Aku sedih kerana akibat kata-kata nista tersebut, mereka menjadi semakin lemah dan kurang kepercayaan kepada diri mereka sendiri.
Jadi, wahai manusia yang mendengar, mata yang melihat dan hati yang menafsir, sedarlah. Anda mungkin mampu berkata-kata sebebas-bebasnya sekarang tetapi, sampai waktunya, anda akan kehilangan perkataan melihat insan yang menjadi bahan ejekan anda lebih bernilai daripada anda sendiri
Dah memang lumrah .
ReplyDeleteYang penting, Allah itu maha Adil .
Ada pahala untuk orang dicerca . =)